Friday, August 26, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com + discover the beauty of isl

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Monday, August 22, 2011

CARA KESAN PENYAKIT MELALUI TAPAK TGN...

jelajah punye jelajah trjumpe link HPA.... jum same2 kite bc
Tapak tangan menyimpan 1001 rahsia mengenai diri kita. Penyakit boleh di lihat memalui tapak tangan seseorang. Ia tidak menyakitkan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Anda boleh mencuba sendiri dengan melihat tanda-tanda seperti didalam gambar.

tapak-tangan-gastrik

Tanda-tanda Gastrik :

Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simtom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas
Herba – D’Karm, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan)

tapak-tangan-paru2-lemah

Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma
Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah
Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba



kuku

Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah

Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simtom – Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca – Gula Berlebihan, Sembelit
Herba – Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba

ibu-jari

Hormon Tidak Seimbang
Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simtom – Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca – Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba – Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan

kelilingking
Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita
Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simtom – Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca – Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba – Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin

tapak-tangan-lekuk

Saraf

Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu

Peringatan: Diagnos yang tepat mesti diperolehi dari herbalis yang mahir atau anda hadir ke kelas. Yang saya paparkan hanyalah untuk panduan semata-mata apabila anda hadir kelas anda akan lebih memahaminya.


Sunday, June 12, 2011



Senyum seindah suria yang membawa cahaya... senyumlah dari hati... duniamu akan berseri...

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

so, jgn lupe tk senyum.... :)


PANDANGAN MATA


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotoriBisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusiaUtamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia


Sunday, May 29, 2011

setelah lama menyepi..... *_^

hampir terlupe blog ni dh lama xt'update n dh brsarang dh pom.... :( bkn xnak update tp
wireless ostel wat hal...huhuhuhu dh balik kg lupe sejenak ak ad blog....
juz want 2 share kisah sem4

sem4 dh pom brlalu hmpir sebulan n tamat segala crita suka n
duka nye... byk sgt pengalaman baru sem4. org kate jauh prjalann luas pndangan n makin lama kita brkelana kt bumi ALLAH ni makin banyak asam garam kite lalui......
setelah lame ak menyepi nk share ckit kehidupan sem4 2011........
terimalah CERITA SEM4 trip dr gua ke tanah tinggi ;)

-1st time msk gua... GUA TEMPURUNG
kredit 2 mr izuddin cz bwk kami terokai gua
walaupun ad brmacam2 yg xpuas ati... setiap prncangan xsemestinya sempurna kn....kita hanya merancang ALLAH jua yg menentukn
kesempurnaan setiap sesuatu, pepom bes sgt
masuk gua
sungguh indah ciptaan ilahi kt lam gua... batu2 kapur mampu untk mmbntuk sesuatu yg menarik n indah yg menggambarkan kebesaran ALLAH... SUBHANALLAH!! namun ianya amik masa yg lame brpuluh2 taun malah beratus2 taun utk jadi sesuatu bntuk @ pntu gua... lama kn masa, so jagalah alam sekitar kita selagi mampu utk tatapan generasi akn dtg....



-1st gCAMERON HIGLAND stlh lame mengidam nk pegi....:)
lps penat msuk gua.. jln2 n porabih pitis kt cameron... sejuk.nk sentuh air pon takut...huhuhu
TP tringin gak nk duk n wat umah kt sane satu ari nnt... bol
eh dop???? hehehe
sggah sat kt ladang teh....CAMERON VALLEY TEA HOUSE....cantik kn... teh ni sgt sesuai dtanam di tanah tinggi yg brsuhu sederhana...**info diri sndiri *_~





-SMKSR owes in my mind.... luv u all adik2.. gud luck 4ever....
fasi tk program MENARA kt sek men keb simpang renggam JOHOR..... best brsama adik2 3hari 2mlm mampu mmberi pelbagai kisah suka duka brsama mereka... u all owes in my mind adik2
beri mrk semangat tk masuk u cam kakak2 n abang2...moga2 u all dpt mnjejak menara gading impian kamu


then...b4 final week reles tension atau dgn nme skemanya camping SCOUTS II a.k.a hodilay 2 REDANG ISLAND
the one's of most beautiful island in ganu kite.....sgguh2 cantik ciptaan ILAHI yg mampu bagi ak sntiasa mengukir senyuman yg indah kt sane n sentiasa mengucap syukur yg xtrhingga padaMU krna beri ak peluang untuk jejak ke pulau yg indahMU....
naek bot, lepaskan anak penyu, snorkling....beri seribu satu pengalaman yg sgt3 indah....







ceritera sem4 brakhir nga indah...ALHAMDULILLAH ya ALLAH ak mampu tmtkn sem4.... sem5 bakal tiba tolak tambah bahagi darab prpuluhan ada lagi 3 bln cuti.... MANFAATKAN CUTI ANDA :)


Thursday, December 23, 2010

^_^ MALU ^_^

Hari dlm mood hepy + bahagia....<> nk post citer lawak ckit n boleh rilexskan minda2 yg tenson 2....hehehe

TERIMALAH!!!!

Seorang wanita muda telah ter’bersalin’ di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu.

Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.

Psychologist tu pun cakap ler, “Cik… keluar lah… aper nak dimalukan… perkara biase jer nih.”

Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, “Tak mau, tak mau, saya malu.”

Psychologist itu menambah, “Alah cik… tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk… pompuan tu beranak dalam longkang!!” Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, “Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!”

Friday, December 17, 2010

~**perHiasan duNIA**~

Bunga yg kembang & cantik itu
jarang yg wangi....
Begitulah diibaratkan org
yg cantik jarang berbudi

Apabila si gadis dipuji dgn
kata2 "u ni cantiklah" maka
akan
dan berbungalah hatinya....menguntumlah sebutir senyuman
dibibirnya
Tersipu-sipulah ia.
Ah.... siapa yg tidak seronok bila
dikatakan CANTIK!! LAWA!! & MENAWAN???
Begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji
kecewa bila dikeji

Tetapi..... lain halnya bagi si mukmin
yg merasa dirinya miskin dgn Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan
dgn pujian & sanjungan manusia..
Wanita yg cantik selalu ditimpa 'perasaan'
krn sedar dirinya punya kelebihan..
Kata org.... Wanita cantik banyak mahunya.
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau dia seorg GADIS dirinya sanggup menjadi tukaran
dgn wang yg beribu. Ada pula yg menjadi andartu,
hidup liar bak merpati...
senang didekat tp ditangkap lari..

Jika dia seorg ISTERI
yg sedar & bangga dgn kecantikannya maka suamilah
yg
menjadi mangsa. Si suami selalu melutut
dan kalah dgn kehendak dan
kerenahnya. Lebih malang jika si suami
pula suka akan kecantikan isterinya. Dia menyayangi isterinya atas dasar
kecantikannya. Jadilah suami laksana
lembu yg dicucuk hidungnya. Ke mana
diarah di situlah perginya, alangkah
dayusnya dia...
Si isteri yg cantik rupawan
akan merajuk dan meragam
seandainya
kemahuannya tidak tercapai,
mengugut dan merajuk hendak balik kampung
atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan utk
meniup semangat jihad ke lubuk hati
suaminya... Ketahuilah!! keutamaan dan
nilai seorang wanita samaada cantik atau tidak adalah pada
AKHLAKnya

Kalau dia seorg isteri, ketaatannya
pada suami adalah akhlak yg indah.
Wanita yg cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih2 lagi isteri
yg cantik yg derhaka pada suami ibarat
BUNGA RAYA. Cantik warnanya tp
sayang harumnya tiada...
Sebaliknya wanita yg tidak cantik
tetapi punya akhlak yg mulia,
taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaanNYA...
ibarat BUNGA CEMPAKA
Tiada rupa tapi harumnya memikat
jiwa. Antara bunga raya & cempaka
PASTILAH "cempaka" diminati org.
Ibarat gadis murahan yg mempertontonkan
kecantikan.
Kononnya nanti ada yg berkenan tetapi
tidak sedar dirinya jadi mainan. Wanita
yg tidak cantik pula jika tidak
berakhlak akan menyakitkan hati dan mata.

Ibarat bunga yg tidak cantik tidak
pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa
tarikan & keindahan padanya.
Usah bangga & usah pula risau akan
rupa paras utk merebut kasih sayang
manusia. TETAPI....
mestilah berlumba-lumba
utk menjadi wanita yg bertaqwa dan
berakhlak mulia. Sesungguhnya ALLAH Maha Adil...
Nescaya disayangi ALLAH
serta makhluk-makhlukNYA..
Seharusnya diri yg dikurniakan ALLAH dgn
nikmat kecantikan sentiasa resah
jiwanya, Bukan krn takut luput
kurniaan itu darinya... Bukan jua
krn iri hati & mahu
menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resahnya adalah krn
menghitung-hitung pahala2
yg tinggal akibat pujian dan sanjungan
manusia yg bakal menjerumuskan
dirinya
ke jurang neraka. Mengira-ngira
bagaimana utk meruntuhkan gunung
mazmumah akibat dari kecantikandiri
yg dijulang bagaikan mahkota. Apa
lagi
insan, cantik indah tetapi
hina terdedah. Menjadi mainan nafsu
dan syaitan. Bersyukur dgn segala nikmat
Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu
pemberianNYA..
yg berwajah cantik
atau hodoh sama2 perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di
mana yg berwajah cantik nan indah
dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi
tanah liang lahad yg gelap lagi sunyi... Bukannya dikerumuni
oleh intan permata. TATKALA itu,
bersandinglah manusia dgn kematian.
Apakah dikala itu baru
mahu diucapkan nikmat IMAN & ISLAM
itulah sebenar-benar
NIKMAT!!!??

Wanita ibarat EPAL

Epal yg tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah

Tp epal yg tidak mampu untuk dibeli ia berada dipuncak

Susah dipetik dan susah untuk digapai…

Sunday, December 12, 2010

~*;iNdaHnya biLa beRsaMa;*~


Indahnya Bila Bersama.... jiwangnyer aku...hehehe. Ni bukan tajuk cerpen @ novel juz tajuk aku post
malam yg indah ni....
Post ni didedikasikan khas utk sahabat2
seperjuanganku yg menyelusuri jalan dakwah mencari ilmu demi agama, bangsa & negara (semangat patriotik beb!!) ... aku rindu korang semua tmbah2 time cuti yg keboringan ni.....huhuhu. Bila boleh jumpa korang...???rindu sgat kt korang~feeling terlebih plak aku ni~

Tanpa kawan siapalah kite.xkan nak hidup sorang2??? Xde org yg boleh kite share kegembiraan, share kesedihan...SO, kite sgt2 memerlukan kawan....

Kawan ni macam2 ada like ASTRO gitu.....
*kawan setia or sahabat sejati* - sentiasa bersama walau susah,senang,sedih n hepy...
*kawan makan kawan* - bukan org makan org ni...hehehe Kawan camni mmg lgsung xboleh dibuat kawan nanti ditikam kite bukan dgn pedang @ pisau @ golok tp dgn kata2 yg menyengat jantung hati, dgn fitnah n xkurang juga dgn perbuatan n kadang2 habis rahsia kite dijaja nyer....OH SEDIHNYA JIKA MENDAPAT TEMAN SEBEGINI...


Kadang-kadang perangai,sifat seseorg itu boleh dinilai dgn siapa kawan @ sahabat @ teman @ sodiqoti @ zumalaie @ friend..... maksud hadis Bukhari "Diumpamakan rakan yg soleh & yg jahat sprt berkawan dgn penjual minyak wangi & tukang besi. Penjual menyak wangi tdk akan mensia-siakan anda, samaada anda membeli minyak wangi tersebut atau hny mendapat bau harumannya. Manakala tukang besi boleh menyebabkan rumah atau baju anda terbakar atau mendapat bau busuk."
TAPI... tukang besi xsemesti mencerminkan busuk keringatnya n penjual perfume juga xmggambarkan harum baunya.... bila berkawan barulah kite dpt mengenali siapa dia bak kate pepatah yg ayatnya begitu POWER " Xkenal maka xcinta"....

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat dan memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, jadi pastinya kita akan binasa kerananya. Hati-hatilah memilih kawan. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari keredhaan-Nya...