Sunday, November 14, 2010

makanan tambahan mengikut SUNNAH


"kurma"
KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak".

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda :

"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak".



"kismis"

Disabdakan Rasulullah SAW, "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

kebaikan kismis

Menajamkan minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.


"Madu lebah''

Sabda Nabi muhammad s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.”

Antara kebaikannya:

Remaja:
- Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
- Menguatkan minda
- Menaikkan seri wajah( sape nak cantik makam madu je pun dah canti)

Wanita:
- Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
- Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.


Pengidap Kencing Manis (Diabetis):
- Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)


Masyarakat umum:
- Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
- Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
- Memulihkan batuk dan lelah.
- Menghindarkan badan letih dan lesu.
- Baik untuk perempuan bersalin.

Thursday, November 11, 2010

terTUTUP lebih INDAH>>>


Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: 

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya''


Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung???

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur~
Begitu indah bila tertutup.......
sumber: http://kalamkhalifah.blogspot.com/

MALU X BERTEMPAT...


Situasi 1
A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya g shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”
B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”
Situasi 2
A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”
B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”
Situasi 3
A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu xde kew?”
B: “Saje wat. Malulah bile orang tanye. Aku xde facebook, orang ckp ketinggalan zaman.”

Situasi 4
A: “Ko penah g mid pakai baju kurung x?”
B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”
A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”
B: “Lagila tak. Malu.”
Situasi 5
A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”
B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat g diorang ingat aku peril diorang plak.”
Situasi 6
B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape? Batch aku takde. Kouhai je. Malu la plak nak tanye. Hurm.”
Situasi 7
A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”
B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”

Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betol la kan. Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cuba baca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul? Atau dengan bahasa mudahnya, adekah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situsi itu relevan? Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasan malunya telah diletak pada tempat yang salah!

Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex. Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.

Banyak yang dapat saya perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti saya ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.

Dalam situasi di atas, ade juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan turun ke surau. Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap ria’. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam AL-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.

Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang salah akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter ‘perli’ itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri. Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.

Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita. Janganlah sehingga rasa malu itu sirna dan menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..

“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]