Friday, August 26, 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu? | iluvislam.com + discover the beauty of isl

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Monday, August 22, 2011

CARA KESAN PENYAKIT MELALUI TAPAK TGN...

jelajah punye jelajah trjumpe link HPA.... jum same2 kite bc
Tapak tangan menyimpan 1001 rahsia mengenai diri kita. Penyakit boleh di lihat memalui tapak tangan seseorang. Ia tidak menyakitkan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Anda boleh mencuba sendiri dengan melihat tanda-tanda seperti didalam gambar.

tapak-tangan-gastrik

Tanda-tanda Gastrik :

Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simtom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas
Herba – D’Karm, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan)

tapak-tangan-paru2-lemah

Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma
Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah
Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba



kuku

Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah

Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simtom – Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca – Gula Berlebihan, Sembelit
Herba – Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba

ibu-jari

Hormon Tidak Seimbang
Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simtom – Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca – Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba – Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan

kelilingking
Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita
Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simtom – Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca – Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba – Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin

tapak-tangan-lekuk

Saraf

Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu

Peringatan: Diagnos yang tepat mesti diperolehi dari herbalis yang mahir atau anda hadir ke kelas. Yang saya paparkan hanyalah untuk panduan semata-mata apabila anda hadir kelas anda akan lebih memahaminya.


Sunday, June 12, 2011



Senyum seindah suria yang membawa cahaya... senyumlah dari hati... duniamu akan berseri...

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

so, jgn lupe tk senyum.... :)


PANDANGAN MATA


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotoriBisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusiaUtamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia


Sunday, May 29, 2011

setelah lama menyepi..... *_^

hampir terlupe blog ni dh lama xt'update n dh brsarang dh pom.... :( bkn xnak update tp
wireless ostel wat hal...huhuhuhu dh balik kg lupe sejenak ak ad blog....
juz want 2 share kisah sem4

sem4 dh pom brlalu hmpir sebulan n tamat segala crita suka n
duka nye... byk sgt pengalaman baru sem4. org kate jauh prjalann luas pndangan n makin lama kita brkelana kt bumi ALLAH ni makin banyak asam garam kite lalui......
setelah lame ak menyepi nk share ckit kehidupan sem4 2011........
terimalah CERITA SEM4 trip dr gua ke tanah tinggi ;)

-1st time msk gua... GUA TEMPURUNG
kredit 2 mr izuddin cz bwk kami terokai gua
walaupun ad brmacam2 yg xpuas ati... setiap prncangan xsemestinya sempurna kn....kita hanya merancang ALLAH jua yg menentukn
kesempurnaan setiap sesuatu, pepom bes sgt
masuk gua
sungguh indah ciptaan ilahi kt lam gua... batu2 kapur mampu untk mmbntuk sesuatu yg menarik n indah yg menggambarkan kebesaran ALLAH... SUBHANALLAH!! namun ianya amik masa yg lame brpuluh2 taun malah beratus2 taun utk jadi sesuatu bntuk @ pntu gua... lama kn masa, so jagalah alam sekitar kita selagi mampu utk tatapan generasi akn dtg....



-1st gCAMERON HIGLAND stlh lame mengidam nk pegi....:)
lps penat msuk gua.. jln2 n porabih pitis kt cameron... sejuk.nk sentuh air pon takut...huhuhu
TP tringin gak nk duk n wat umah kt sane satu ari nnt... bol
eh dop???? hehehe
sggah sat kt ladang teh....CAMERON VALLEY TEA HOUSE....cantik kn... teh ni sgt sesuai dtanam di tanah tinggi yg brsuhu sederhana...**info diri sndiri *_~





-SMKSR owes in my mind.... luv u all adik2.. gud luck 4ever....
fasi tk program MENARA kt sek men keb simpang renggam JOHOR..... best brsama adik2 3hari 2mlm mampu mmberi pelbagai kisah suka duka brsama mereka... u all owes in my mind adik2
beri mrk semangat tk masuk u cam kakak2 n abang2...moga2 u all dpt mnjejak menara gading impian kamu


then...b4 final week reles tension atau dgn nme skemanya camping SCOUTS II a.k.a hodilay 2 REDANG ISLAND
the one's of most beautiful island in ganu kite.....sgguh2 cantik ciptaan ILAHI yg mampu bagi ak sntiasa mengukir senyuman yg indah kt sane n sentiasa mengucap syukur yg xtrhingga padaMU krna beri ak peluang untuk jejak ke pulau yg indahMU....
naek bot, lepaskan anak penyu, snorkling....beri seribu satu pengalaman yg sgt3 indah....







ceritera sem4 brakhir nga indah...ALHAMDULILLAH ya ALLAH ak mampu tmtkn sem4.... sem5 bakal tiba tolak tambah bahagi darab prpuluhan ada lagi 3 bln cuti.... MANFAATKAN CUTI ANDA :)


Thursday, December 23, 2010

^_^ MALU ^_^

Hari dlm mood hepy + bahagia....<> nk post citer lawak ckit n boleh rilexskan minda2 yg tenson 2....hehehe

TERIMALAH!!!!

Seorang wanita muda telah ter’bersalin’ di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu.

Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar.

Psychologist tu pun cakap ler, “Cik… keluar lah… aper nak dimalukan… perkara biase jer nih.”

Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, “Tak mau, tak mau, saya malu.”

Psychologist itu menambah, “Alah cik… tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk… pompuan tu beranak dalam longkang!!” Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, “Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!”

Friday, December 17, 2010

~**perHiasan duNIA**~

Bunga yg kembang & cantik itu
jarang yg wangi....
Begitulah diibaratkan org
yg cantik jarang berbudi

Apabila si gadis dipuji dgn
kata2 "u ni cantiklah" maka
akan
dan berbungalah hatinya....menguntumlah sebutir senyuman
dibibirnya
Tersipu-sipulah ia.
Ah.... siapa yg tidak seronok bila
dikatakan CANTIK!! LAWA!! & MENAWAN???
Begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji
kecewa bila dikeji

Tetapi..... lain halnya bagi si mukmin
yg merasa dirinya miskin dgn Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan
dgn pujian & sanjungan manusia..
Wanita yg cantik selalu ditimpa 'perasaan'
krn sedar dirinya punya kelebihan..
Kata org.... Wanita cantik banyak mahunya.
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau dia seorg GADIS dirinya sanggup menjadi tukaran
dgn wang yg beribu. Ada pula yg menjadi andartu,
hidup liar bak merpati...
senang didekat tp ditangkap lari..

Jika dia seorg ISTERI
yg sedar & bangga dgn kecantikannya maka suamilah
yg
menjadi mangsa. Si suami selalu melutut
dan kalah dgn kehendak dan
kerenahnya. Lebih malang jika si suami
pula suka akan kecantikan isterinya. Dia menyayangi isterinya atas dasar
kecantikannya. Jadilah suami laksana
lembu yg dicucuk hidungnya. Ke mana
diarah di situlah perginya, alangkah
dayusnya dia...
Si isteri yg cantik rupawan
akan merajuk dan meragam
seandainya
kemahuannya tidak tercapai,
mengugut dan merajuk hendak balik kampung
atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan utk
meniup semangat jihad ke lubuk hati
suaminya... Ketahuilah!! keutamaan dan
nilai seorang wanita samaada cantik atau tidak adalah pada
AKHLAKnya

Kalau dia seorg isteri, ketaatannya
pada suami adalah akhlak yg indah.
Wanita yg cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih2 lagi isteri
yg cantik yg derhaka pada suami ibarat
BUNGA RAYA. Cantik warnanya tp
sayang harumnya tiada...
Sebaliknya wanita yg tidak cantik
tetapi punya akhlak yg mulia,
taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaanNYA...
ibarat BUNGA CEMPAKA
Tiada rupa tapi harumnya memikat
jiwa. Antara bunga raya & cempaka
PASTILAH "cempaka" diminati org.
Ibarat gadis murahan yg mempertontonkan
kecantikan.
Kononnya nanti ada yg berkenan tetapi
tidak sedar dirinya jadi mainan. Wanita
yg tidak cantik pula jika tidak
berakhlak akan menyakitkan hati dan mata.

Ibarat bunga yg tidak cantik tidak
pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa
tarikan & keindahan padanya.
Usah bangga & usah pula risau akan
rupa paras utk merebut kasih sayang
manusia. TETAPI....
mestilah berlumba-lumba
utk menjadi wanita yg bertaqwa dan
berakhlak mulia. Sesungguhnya ALLAH Maha Adil...
Nescaya disayangi ALLAH
serta makhluk-makhlukNYA..
Seharusnya diri yg dikurniakan ALLAH dgn
nikmat kecantikan sentiasa resah
jiwanya, Bukan krn takut luput
kurniaan itu darinya... Bukan jua
krn iri hati & mahu
menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resahnya adalah krn
menghitung-hitung pahala2
yg tinggal akibat pujian dan sanjungan
manusia yg bakal menjerumuskan
dirinya
ke jurang neraka. Mengira-ngira
bagaimana utk meruntuhkan gunung
mazmumah akibat dari kecantikandiri
yg dijulang bagaikan mahkota. Apa
lagi
insan, cantik indah tetapi
hina terdedah. Menjadi mainan nafsu
dan syaitan. Bersyukur dgn segala nikmat
Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu
pemberianNYA..
yg berwajah cantik
atau hodoh sama2 perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di
mana yg berwajah cantik nan indah
dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi
tanah liang lahad yg gelap lagi sunyi... Bukannya dikerumuni
oleh intan permata. TATKALA itu,
bersandinglah manusia dgn kematian.
Apakah dikala itu baru
mahu diucapkan nikmat IMAN & ISLAM
itulah sebenar-benar
NIKMAT!!!??

Wanita ibarat EPAL

Epal yg tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah

Tp epal yg tidak mampu untuk dibeli ia berada dipuncak

Susah dipetik dan susah untuk digapai…

Sunday, December 12, 2010

~*;iNdaHnya biLa beRsaMa;*~


Indahnya Bila Bersama.... jiwangnyer aku...hehehe. Ni bukan tajuk cerpen @ novel juz tajuk aku post
malam yg indah ni....
Post ni didedikasikan khas utk sahabat2
seperjuanganku yg menyelusuri jalan dakwah mencari ilmu demi agama, bangsa & negara (semangat patriotik beb!!) ... aku rindu korang semua tmbah2 time cuti yg keboringan ni.....huhuhu. Bila boleh jumpa korang...???rindu sgat kt korang~feeling terlebih plak aku ni~

Tanpa kawan siapalah kite.xkan nak hidup sorang2??? Xde org yg boleh kite share kegembiraan, share kesedihan...SO, kite sgt2 memerlukan kawan....

Kawan ni macam2 ada like ASTRO gitu.....
*kawan setia or sahabat sejati* - sentiasa bersama walau susah,senang,sedih n hepy...
*kawan makan kawan* - bukan org makan org ni...hehehe Kawan camni mmg lgsung xboleh dibuat kawan nanti ditikam kite bukan dgn pedang @ pisau @ golok tp dgn kata2 yg menyengat jantung hati, dgn fitnah n xkurang juga dgn perbuatan n kadang2 habis rahsia kite dijaja nyer....OH SEDIHNYA JIKA MENDAPAT TEMAN SEBEGINI...


Kadang-kadang perangai,sifat seseorg itu boleh dinilai dgn siapa kawan @ sahabat @ teman @ sodiqoti @ zumalaie @ friend..... maksud hadis Bukhari "Diumpamakan rakan yg soleh & yg jahat sprt berkawan dgn penjual minyak wangi & tukang besi. Penjual menyak wangi tdk akan mensia-siakan anda, samaada anda membeli minyak wangi tersebut atau hny mendapat bau harumannya. Manakala tukang besi boleh menyebabkan rumah atau baju anda terbakar atau mendapat bau busuk."
TAPI... tukang besi xsemesti mencerminkan busuk keringatnya n penjual perfume juga xmggambarkan harum baunya.... bila berkawan barulah kite dpt mengenali siapa dia bak kate pepatah yg ayatnya begitu POWER " Xkenal maka xcinta"....

Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat dan memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, jadi pastinya kita akan binasa kerananya. Hati-hatilah memilih kawan. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari keredhaan-Nya...

Thursday, December 9, 2010

MUHASABAH....

Semalam dgn brsemangat survey folder2 ilmu yg ad dlm buah hati kesangan ni a.k.a ‘acer ASPIRE 4736G’ yg dh lama dicopy paste dr mane2 link yg trase ilmunya berguna...namun disebabkan xberkesempatan utk dibaca dicopy n paste jelah dulu.... So, bila tiba masa utk selongkornyer.....selongkarlah segala2nya...hehehe

Baca punyer baca dr 1 artikel ke artikel lain tiba2 terbuka hati utk share artikel ni....... dgn tajuk yg agak bermanfaat bagi kita yg bragama ISLAM n boleh ditiru cara mereka ni.....

Kenapa Yahudi Bijak???

Tulisan asal ditulis oleh Dr. Stephen Carr Leon dan telah dialih bahasa oleh Adibah Mohd Noor Matriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak dalam kandungan. Menurut beliau, ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum makan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan makan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (seperti senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Dalam pemerhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekankan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat?? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg cacat otak (bodoh atau lembap) dan sudah tentu genes bodoh atau lembap ini akan dibawa oleh generasi si perokok pula. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi yang cacat otak? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! '

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.