Friday, December 17, 2010

~**perHiasan duNIA**~

Bunga yg kembang & cantik itu
jarang yg wangi....
Begitulah diibaratkan org
yg cantik jarang berbudi

Apabila si gadis dipuji dgn
kata2 "u ni cantiklah" maka
akan
dan berbungalah hatinya....menguntumlah sebutir senyuman
dibibirnya
Tersipu-sipulah ia.
Ah.... siapa yg tidak seronok bila
dikatakan CANTIK!! LAWA!! & MENAWAN???
Begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji
kecewa bila dikeji

Tetapi..... lain halnya bagi si mukmin
yg merasa dirinya miskin dgn Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan
dgn pujian & sanjungan manusia..
Wanita yg cantik selalu ditimpa 'perasaan'
krn sedar dirinya punya kelebihan..
Kata org.... Wanita cantik banyak mahunya.
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau dia seorg GADIS dirinya sanggup menjadi tukaran
dgn wang yg beribu. Ada pula yg menjadi andartu,
hidup liar bak merpati...
senang didekat tp ditangkap lari..

Jika dia seorg ISTERI
yg sedar & bangga dgn kecantikannya maka suamilah
yg
menjadi mangsa. Si suami selalu melutut
dan kalah dgn kehendak dan
kerenahnya. Lebih malang jika si suami
pula suka akan kecantikan isterinya. Dia menyayangi isterinya atas dasar
kecantikannya. Jadilah suami laksana
lembu yg dicucuk hidungnya. Ke mana
diarah di situlah perginya, alangkah
dayusnya dia...
Si isteri yg cantik rupawan
akan merajuk dan meragam
seandainya
kemahuannya tidak tercapai,
mengugut dan merajuk hendak balik kampung
atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan utk
meniup semangat jihad ke lubuk hati
suaminya... Ketahuilah!! keutamaan dan
nilai seorang wanita samaada cantik atau tidak adalah pada
AKHLAKnya

Kalau dia seorg isteri, ketaatannya
pada suami adalah akhlak yg indah.
Wanita yg cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih2 lagi isteri
yg cantik yg derhaka pada suami ibarat
BUNGA RAYA. Cantik warnanya tp
sayang harumnya tiada...
Sebaliknya wanita yg tidak cantik
tetapi punya akhlak yg mulia,
taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaanNYA...
ibarat BUNGA CEMPAKA
Tiada rupa tapi harumnya memikat
jiwa. Antara bunga raya & cempaka
PASTILAH "cempaka" diminati org.
Ibarat gadis murahan yg mempertontonkan
kecantikan.
Kononnya nanti ada yg berkenan tetapi
tidak sedar dirinya jadi mainan. Wanita
yg tidak cantik pula jika tidak
berakhlak akan menyakitkan hati dan mata.

Ibarat bunga yg tidak cantik tidak
pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa
tarikan & keindahan padanya.
Usah bangga & usah pula risau akan
rupa paras utk merebut kasih sayang
manusia. TETAPI....
mestilah berlumba-lumba
utk menjadi wanita yg bertaqwa dan
berakhlak mulia. Sesungguhnya ALLAH Maha Adil...
Nescaya disayangi ALLAH
serta makhluk-makhlukNYA..
Seharusnya diri yg dikurniakan ALLAH dgn
nikmat kecantikan sentiasa resah
jiwanya, Bukan krn takut luput
kurniaan itu darinya... Bukan jua
krn iri hati & mahu
menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
Resahnya adalah krn
menghitung-hitung pahala2
yg tinggal akibat pujian dan sanjungan
manusia yg bakal menjerumuskan
dirinya
ke jurang neraka. Mengira-ngira
bagaimana utk meruntuhkan gunung
mazmumah akibat dari kecantikandiri
yg dijulang bagaikan mahkota. Apa
lagi
insan, cantik indah tetapi
hina terdedah. Menjadi mainan nafsu
dan syaitan. Bersyukur dgn segala nikmat
Tuhan. Baik buruk, cantik hodoh itu
pemberianNYA..
yg berwajah cantik
atau hodoh sama2 perlukan
persediaan. Akan tiba saatnya jua di
mana yg berwajah cantik nan indah
dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi
tanah liang lahad yg gelap lagi sunyi... Bukannya dikerumuni
oleh intan permata. TATKALA itu,
bersandinglah manusia dgn kematian.
Apakah dikala itu baru
mahu diucapkan nikmat IMAN & ISLAM
itulah sebenar-benar
NIKMAT!!!??

Wanita ibarat EPAL

Epal yg tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah

Tp epal yg tidak mampu untuk dibeli ia berada dipuncak

Susah dipetik dan susah untuk digapai…

No comments:

Post a Comment